Monday, 17 December 2012

Latar Belakang Messi Dan Kerjaya

Latar belakang messi Dan Kerjaya
Messi lahir di Rosario, Province Santa Fe, dari pasangan Jorge Horácio Messi, Messi berasal dari Ancona, sebuah kota di Italia, Angelo Messi, berhijrah ke Argentina pada 1883. Dia mempunyai dua orang abang, Rodrigo dan Matías, dan seorang adik perempuan, María Sol. Dalam usia lima tahun, Messi mulai bermain bola sepak untuk Grandoli, klub bola sepak yang dilatih oleh ayahnya, Jorge.

Pada 1995
Messi bergabung dengan Newell's Old Boys yang berhampiran di kampung halamannya di Rosario. Messi menjadi sebahagian dari pasukan di bawah latihan ayahnaya yang hanya kalah sekali selama empat tahun, dan dikenali sebagai “Mesin 87” dari tahun kelahiran mereka.
Dalam berusia 11 tahun, Messi dikatakan mengalami kekurangan hormon pertumbuhan. Pasukan Elit River Plate berminat atas perkembangannya, tetapi mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk rawatannya, yang mencapai sehingga $900 sebulan. Menurut Carles Rexach, Pengarah olahraga FC Barcelona, telah menemukan talente Messi karena dia mempunyai kerabat di Lleida, dan ayahnya mengaturkan untuk Messi bersama pasuakan tersebut. Rexach, tanpa kertas di tangan, mengajukan tawaran kontrak kepada Messi. Barcelona menawarkan untuk membiayai rawatan Messi jika dia mahu berpindah ke Spanyol. kemudian Messi dan ayahnya telah membuat keputusan untuk berpindah ke Barcelona, dan dia di masukkan ke akademi muda klub.

Messi berusia 25 tahun adalah seorang pemain bola sepak Argentina yang saat ini bermain untuk FC Barcelona dan merupakan kapten Pasukan Nasional bola sepak Argentina, Messi Bermain sebagai penyerang. Beliau merupakan penjaring gol terbanyak Barcelona sepanjang sejarah. Dalam usianya 21 tahun, Messi telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA. Pada 2009, Beliau memenangi Pemain Terbaik Dunia FIFA dan penghargaan pertama pada 2010 dan 2011.

Messi telah menjuarai lima La Liga, dua Copa del Rey, lima Supercopa de Espana, tiga Liga Champions UEFA, dua Piala Super Eropa dan dua Piala Dunia Klub. Pada 2012, Messi mencipta rekod Liga Champions UEFA dengan menjadi pemain pertama yang mencipta Lima gol dalam satu perlawanan. Beliau juga menyamai rekod 14 gol Jose Altafini di satu musim Liga Champions. Beliau juga mencipta rekod untuk gol terbanyak dalam satu musim pada 2011-12, dengan 73 gol. Di musim yang sama, beliau mencipta rekod pencipta gol terbanyak La Liga dalam satu musim, 50 gol.

Messi adalah mencatat gol terbanyak Piala Dunia FIFA U20 2005 dengan Lima gol. Pada 2005, dia menjadi orang Argentina termuda yang bermain di Piala Dunia FIFA dan memenangi medal perak di Copa América 2007, dimana dia menjadi pemain muda terbaik. Gaya permainannya seakan akan seperti Diego Maradona, yang telah mengumumkan Messi sebagai "penerusnya".

Musim 2005-06
Pada 16 September, Barcelona, buat kedua kalinya, mengumumkan pembaruan terhadap kontrak Messi; kali ini bayarannya dinaikkan sebagai ahli pasukan utama dan berakhir pada June 2014. Messi mendapat kewarganegaraan Spanyol pada 26 September 2005. Dan Messi mencatat enam gol dari 17 perlawanan di liga, Serta satu gol di Liga Champions. Musimnya berakhir pada 7 May 2006.

Musim 2006-07
Pada musim berikutnya, Messi berjaya mengunci posisinya sebagai pemain reguler di pasukan utama, menjaring 14 kali dari 26 perlawanan.  Pada 12 November, di perlawanan menentang Real Zaragoza. Messi mencipta hat-trick untuk menyelamatkan Barcelona, yang bermain dengan 10 pemain, 3-3, menyamakan kedudukan tiga kali menjaringkan gol, dan penyamaan ketiga di saat kecederaan. Dia menjadi pemain pertama setelah Ivan Zamorano yang mencatat hat-trick di Clasico (Zamorano melakukannya untuk Real Madrid pada 1994-95). Messi juga merupakan pemain termuda yang mencatat gol dalam perlawanan penting ini. Sehingga musim berakhir, dia telah mencipta 11 gol dari 14 perlawanan.

Musim 2008-09,
Setelah keberangkatan Ronaldinho dari klub, Messi mewarisi nombor 10 jersey. Pada tanggal 1 Oktober 2008, selama pertandingan Liga Champions menentang Shakhtar Donetsk, Messi mentatkan dua gol selama tujuh menit terakhir. Pada 13 Desember 2008, selama El-Clasico pertama musim ini, Messi mencetak gol kedua dalam kemenangan 2-0 Barcelona keatas Real Madrid. Messi juga orang kedua di FIFA 2008 yang menjadi Pemain Terbaik Dunia Tahunan. Penghargaan di berikan dengan 678 pungutan mata. Pada tanggal 19 December, Messi mencatat gol kemenangan di final Piala Dunia 2009 menentang Estudiantes Klub di Abu Dhabi, memberi klub gelaran keenam mereka tahun ini. Dua hari kemudian, dia diberikan penghargaan Pemain Dunia FIFA Tahunan, Messi telah mengalahkan penghargaan Cristiano Ronaldo, Xavi, Andres Iniesta, dan Kaká. Ini adalah buat pertama kalinya dia memenangi penghargaan, dan dia menjadi pemain Argentina pertama yang pernah menerima kehormatan ini. Pada tanggal 10 Januari 2010.


Musim 2010-11
Pada tanggal 19 September 2010, Messi mengalami cedera pergelangan kaki. Atletico Madrid Tomas Ujfalusi di minit 92 dari pesingan 3 perlawanan mereka di Vicente Calderon Stadium. Pada pandangan pertama itu merisaukan bahwa Messi mengalami patah pergelangan kaki yang boleh menyimpan pemain bintang jauh dari persembahan selama sekurang kurangnya enam bulan. Ketika Messi pulih ia mencatatkan gol dalam perlawanan menentang RCD Mallorca 1-1. Dia kemudian mencipta lagi gol seterusnya pada Liga Champions menentang Kobenhavn dan membantu pasukannya untuk menang 2-0 di tempat sendiri.

No comments:

Post a Comment